KEPENTINGAN

Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan
kepada pelajar tentang suasana yang sebenar sebelum melangkah ke
alam pekerjaan yang sebenarnya. Pihak politeknik telah menetapkan bahawa latihan industri adalah merupakan satu bidang yang wajib untuk para pelajar jalani dalam tempoh pengajian setiap pelajar.  Oleh demikian, para pelajar diwajibkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam praktikal atau amali kerana ia akan diberi penilaian markah sebagai syarat untuk lulus.

Selain itu , latihan industri ini membolehkan siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan –amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari didalam bilik bilik kuliah. Ini juga secara tidak langsung dapat membina dan mengubah personaliti serta imej seseorang pelajar tersebut menjadi seseorang yang amat berkaliber, berkeyakinan tinggi serta dapat membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan kesedaran, keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling.

Kemudian , ia dapat mencetuskan keyakinan diri kepada para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar yang lebih mencabar.  Pelajar akan menempuhi pelbagai cabaran di dalam sesuatu kerja yang dilaksanakan dan perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi cabaran tersebut.

Justeru itu, latihan industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk memenuhi syarat -syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping sijil atau diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi keperluan industri serta berguna kepada masyarakat dan negara kelak.

No comments:

Post a Comment