KOMEN DAN CADANGAN

Secara keseluruhan , sepanjang saya menjalani Latihan Industri selama 20 minggu di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar , saya dapati ia memuaskan dan semua kakitangan yang terlibat memberikan kerjasama yang terbaik kepada saya .

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari  tentang cara-cara mengendalikan sesuatu tugasan . Latihan Industri yang telah saya jalani di sini amatlah saya hargai. 

Semua pekerja disini menunjukkan tingkah laku yang dapat dicontohi oleh semua pelajar praktikal . Mereka bertanggungjawab atas semua masalah kerja tanpa perlu menyalahkan orang lain . Mereka juga mempunyai sikap yang baik , sopan santun dan budi pekerti . Mereka sentiasa memberi tunjuk ajar yang diperlukan oleh semua pelajar pratikal .

Disini ada beberapa cadangan saya untuk menguruskan sesuatu hal  di Pejabat Daerah dan Tanah:

  1. Penyelia latihan industri haruslah berbincang dengan pelajar praktikal mengenai tugas-tugas yang boleh dilakukan supaya penyelia dapat mengetahui tahap kemampuan yang terdapat pada pelajar praktikal .
  2. Pihak Pejabat perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana- mana jabatan atau unit . Penggunaan Internet juga amat diperlukan oleh pelajar latihan industri supaya dapat melakukan sesuatu tugasan dengan baik .
  3. Menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar dengan jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlang .
  4. Pihak pejabat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka lakukan ketika latihan industri . Pelajar juga haruslah lebih cekap dan menepati masa dalam melakuan tugas yang diberikan agar pihak syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugasan .

Secara Kesimpulannya , Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar adalah salah satu organisasi yang cemerlang dalam melakukan sesuatu tugasan . Dari segi kecekapan menguruskan sesuatu hal , Pihak pejabat telah membuktikan bahawa mereka mampu melakukan tugasan pada waktu yang ditetapkan .

No comments:

Post a Comment