Latihan Industri merupakan satu syarat yang
diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk
penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri
sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal
perlu mengulangi semula latihan industri dengan sekali sahaja.
Diantara objektif
latihan industri, adalah seperti berikut :
- Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
- Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal.
- Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
- Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab.
- Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan kelak.
- Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan
- Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan,amanah, berkeyakinan, dan bertanggungjawab.
- Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman kerja didalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka.
- Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran pelajar.
- Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
- Memahami budaya kerja (corporate culture) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan .
No comments:
Post a Comment