OBJEKTIF LAPORAN

Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan industri dibekalkan dengan buku laporan harian yang berkaitan latihan industri mereka, bagi pelajar yang telah selesai menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan. 

semasa menjalani latihan industri selama satu semester.
Objektif laporan latihan industri ini bertujuan untuk menceritakan kepada pihak atasan setiap aktiviti yang dilakukan di setiap firma atau organisasi masing-masing. Ia juga boleh dijadikan sebagai buku mengumpul kesemua data dan maklumat yang telah diberi oleh penyelia. Laporan ini amat berguna pada masa akan datang.

Selain dapat pendedahan yang lebih awal mengenai situasi alam pekerjaan sebenar , para pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam lagi 
tentang bidang yang diceburi tersebut.

Kemudian , melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat bekerjasama dengan kakitangan syarikat dengan lebih mudah andai kata mereka ingin meminta bantuan untuk memperoleh maklumat-maklumat yang diinginkan . melalui latihan 
industri ini juga para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam semua hal.

Akhir sekali , para pelajar dapat memberikan kepuasan kepada pegawai-pegawai atasan melalui hasil penulisan laporan yang baik dimana pegawai atasan dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi seseorang pelajar tersebut. Oleh itu , penulsan laporan memerlukan kepada permerhatian khusus dari pelajar. Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semester yang berikutnya.

No comments:

Post a Comment