PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN


Anda adalah pelanggan, kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan seperti berikut :

1. Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.

2. Menyelesaikan permohonan semua lesen-lesen dalam tempoh 4 minggu.

3. Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual sekurang-kurangnya masa waktu pejabat. Masa kutipan dilanjutkan sekiranya keadaan memerlukan.

4. Permohonan penilaian duti setem akan diselesaikan dalam masa 4 minggu dari tarikh permohonan.

5. Setem dokumen akan dimatikan serta merta.

6. Menyediakan baucer bayaran pembelian dalam masa 5 hari bekerja.


BAHAGIAN PEMBAGUNAN LUAR BANDAR

1. Akan berusaha sepenuhnya untuk melaksanakan dan menyiapkan 100% projek yang diluluskan setiap tahun

2. Projek dan perolahan bekalan yang tidak melibatkan sebutharga akan ditawarkan kepada pemboong dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan

3. Projek dan perolehan bekalan yang melibatkan sebutharga akan ditawarkan kepada pemborong dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan

4. Baucer bayaran akan disiapkan dan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri @ Bendahari Negeri @Akuantan Negara dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh borang inden kerja/pesanan kerajaan disahkan untuk pembayaran

5. Setiap aduan yang diterima:
- Secara bertulis akan diakui terima dalam masa 7 hari bekerja
- Secara lisan akan diberi jawapan serta-merta akan dilayan
dengan penuh berhemah dan mesra


BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH

Bersedia Memberikan Perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk pelanggan dalam hal-hal berikut :

1. Memproses bayaran Hasil Tanah dalam tempoh 1 minit setiap bil.

2. Memproses Permohonan Tanah sehingga menyediakan Kertas MMK dalam tempoh 8 bulan.

3. Memproses Urusan Pembangunan Tanah seperti Tukar Syarat, Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian dalam tempoh 3 bulan bagi Kes di Bawah Bidangkuasa Pentadbir Tanah.

4. Semua Perserahan Pindahmilik/Gadaian akan didaftarkan dalam tempoh 24 jam.

5. Menyelesaikan Permohonan Kebenaran untuk Memindahmilik / Gadaian dalam tempoh 5 hari bekerja bagi kes di bawah Kuasa Pentadbir Tanah.

No comments:

Post a Comment