Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim. Bersyukur kehadrat Allah S.W.T
dengan hidrat dan kurnianya saya boleh menghabiskan latihan industri saya tanpa
sebarang masalah dan dengan jayanya serta dapat menyiapkan laporan pada masa
yang ditetapkan
Terima kasih terutamanya kepada keluarga yang banyak membantu dan memberi dorongan
dan sokongan semasa menjalani latihan industri. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan
yang banyak membantu dalam menghulurkan pandangan dan pendapat bagimenyiapkan
buku laporan ini.
Saya juga berterima kasih kepada penyelia saya En Adi Asrul bin Mohamad
yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar semasa menjalankan latihan industri.
Begitu juga dengan En Abu Yaziz bin Abas yang sentiasa meluangkan masa kepada
saya dengan menceritakan serba sedikit latar belakang syarikat untuk mengetahui
hal yang lebih terperinci dan semua staf bahagian bangunan yang sanggup untuk
memberi pertolongan kepada saya semasa menjalani latihan industri.
Saya juga berterima kasih kepada pihak Politeknik Balik Pulau kerana
membantu saya untuk mengetahui dan mempelajari alam pekerjaan.
Jutaan terima kasih untuk pihak pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala
Kangsar ( PDTKK ) yang sanggup menerima saya bagi menjalani latihan
industri sekaligus sebagai syarat untuk saya mendapatkan Diploma dalam kursus Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan).
No comments:
Post a Comment